Thursday 19 June 2014

PENDAPAT SEBENAR TENTANG TINGKATAN ENAM

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...
harap semua sihat alhamdulillah dan sentiasa bermuhasabah diri .. bcoz kita ni dilahirkan untuk mengabdikan diri kepada yang Maha Kuasa iaitu Allah SWT... memang lah dalam kehidupan kita seharian banyak suka dan duka yang terpaksa kita lalui.. adakalanya kita gembira, tapi certain2 time tu kita rasa desperate sangat...
mesti setiap daripada kita penah alami kan.. just think positive la, bak kata orang rambut ja sama hitam , tapi hati Allah ja yang tahu.. Allah kan Maha Mengetahui.. ok2, ni just untuk peringatan untuk diri ini dan juga untuk semua..

form 6? susah la masuk f6 kena struggle, subjek walaupun sikit tapi luas kot?
yang di atas tu merupakan satu statement bagi orang yang tak pernah pun rasai and tambahan pulak pernah masuk f6, tapi dah keluarkan kata-kata yang boleh melemahkan semangat orang.. see??
statement ni lah ada kalanya banyak student lepasan SPM rasa tak sanggup la nak jejak kaki kat sekolah, dengan pakai baju sekolah bagai.. tak ka kita terpikir ada ka benda yang senang kat dunia ni.. makan memang la senang, cuma ambik masuk dalam mulut.. tapi dari mana makanan tu datang.. mestilah kita kena pi pasar beli barang, lepastu balik, masak.. baru lah kita makan kan..

situasi tu sama la jugak dengan nak study.. jangan la sebelum kita tau apa yang akan kita lalui kat satu-satu situation tu kita dah decide yang benda tu susah.. tengok pemikiran kita sebenarnya yang membataskan perilaku kita..

sebenarnya kami telah pilih jalan untuk masuk form6 selepas menunggu result upu.. kan keputusan f6 dapat dulu, jadi daripada buang masa lebih baik daktar jer f6... tapi peraturan Allah tu sangat teliti, Subhanallah.. tup2, kami tak dapat upu ka apa semua kami mintak kami tak dapat... from this la kami fikir ni lah jalan yang Allah dah tetapkan untuk kami iaitu berjihad mencari ilmu di F6.. jadi kami terus stay f6 sampai sekarang ni.. haritu daftar 5.5.2014..

minggu first pendaftaran tu, memang ramai la pelajar lepasan SPM yang datang daftar... kebanyakkannya semua tak mau stay f6, ada yang nak tunggu matrik la, upu.. it's okay la..
minggu tu, just orientasi berkenaan dengan subjek2 stpm.. cikgu2 bagi setiap subjek terangkan satu persatu tentang subjek yang ditawarkan kat sekolah kami...semua ada tiga pilihan:

1)PA,BM,EKO,GEO,MUET
2)PA,BIO/FZK,ADDMATH,MATH( nie kira aliran sains la, tak berapa ingat subjek dia)
3) PA,BM,SEJ, SYARIAH,MUET

so rasa 2 kami pilih yang mana.. first tu memang pening la nak pilih.. mula2 nak pilih eko, tapi last2 pikir balik dulu masa SPM mana beljar pun eko, takut la kalau ambik tak boleh bawak kalau xdak asas.. jadi balik buat solat istikarah, untuk buat pilihan antara eko dan syariah.. lastly, hati lebih kepada syariah... alhamdulillah.. sekarang kami dah sah menjadi budak 6BS2.. iaitu kelas bawah syariah..

sepanjang perjalanan kami yang baru masuk dua bulan ni, semuanya berjalan lancar.. start belajar.. macam sekolah menengah dulu la cikgu masuk kelas, ajar.. cuma f6 ni kami kena bentang.. cikgu bagi kumpulan n then agihkan tajuk dan buat presentation.. cikgu nak biasakan kami semua belajar untuk cakap di hadapan.. memang la first bentang sejarah, ketaq kot.. berdegup dup dap dup dap.. baru first time..

dan satu lagi buku rujukan memang kena beli sendiri.. base on certain subjek macam syariah memang tak dak buku kat kedai buku yang tulis syariah, untuk penggal 1 guna buku pengantar fikh.. yang lain2 subjek tu boleh beli ja kat kedai buku..

untuk bahagian kokurikulum, diasingkan dengan pelajar f1-f5.. maknanya f6 ni ada keistimewaan la.. untuk unit uniform semua f6 memang dah diwajibkan masuk JPAM(JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA), sbb memang satu ni ja unit uniform.. kelab plak base on subjek2 tingkatan 6, contohnya, kemanusiaan, bahasa, sains dan matematik..
sukan pulak ada bola sepak, futsal, bola tampar dan bola jaring.. see banyak keistimewaan f6 ni.. macam dekat u jugak..

sampai sini ja la cerita seba sikit la tentang f6.. bagi yang ada keinginan nak masuk f6, kami pun baru budak baru, f6 bawah, tak banyak experience lagi, cuba betulkan fikiran kita untuk katakan tidak susah untuk f6 .. ok? tak dak yang mustahil kat dunia ni... janji kita kena rajin la masuk f6 ni.. jangan sesekali ada bersarang dalam jiwa iaitu kemalasan..

ok, assalamualaikum semua..

No comments:

Post a Comment