Tuesday 11 February 2014

PERELOKKAN PERIBADI

assalamualaikum..
hanya dengan perkataan yang keluar daripada mulut kita dapat memberi impak yang sama ada positif mahupun negatif.. sukar untuk digambarkan bagaimana impaknya yang hanya boleh dirasai oleh orang yang pernah mengalaminya..
sakit, perit dan sedih semua menjadi satu rasa dalam hati..
namun sedarkah kita bahawa sedikit sebanyak perkataan yang kita dapat itu merupakan hasil daripada perbuatan kita dan seharusnya kita meneliti segala aspek kelemahan, kekurangan dan kekhilafan diri..
jangan hanya menunding jari mengatakan ini salah dan ini yang betul..
cuba kita editkan balik apa yang kita telah beri kepada orang lain dan apa yang akan kita perolehi..
baik kita beri baik lah kita dapat kan..
senang kan?

namun perlu diingat tak semua yang kita beri itu akan dapat balasan.. hanya ikhlas kata kuncinya agar kita reda dengan pemberian yang diberikan dan tidak merasa terhutang budi terhadap sesiapa.. malah kita akan berasa tenang dan damai jika seseorang itu tidak pernah membalas segala budi baik kita..
hanya keikhlasan yang paling utama dalam segala urusan..

jangan sesekali kita menganggap diri kita ini yang paling hebat hanya kerana kita mendapat markah tinggi dalam exam.. ingat Allah yang paling hebat.. kita hanya hambanya yang lemah, hina dan banyak melakukan kesalahan. dosa dan noda.. namun kita diberi peluang dan kesempatan untuk berubah..
tidak semua orang sempurna di dunia ini..
masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri..

ada yang diberi kenikmatan dari segi kemewahan  tetapi diberi ujian dalam bentuk kesakitan..
ada yang diberi nikmat sihat tapi diuji dengan wang ringgit yang tidak cukup untuk menampung perbelanjaan seharian..

semua itu memerlukan kesabaran yang tinggi.. semuanya haruslah berbalik pada yang Maha Kuasa..
setiap daripada kita diberi ujian yang berbeza, lain orang, lainlah ujiannya..
yang penting sentiasa bersabar dan memperbaiki diri dengan memperbanyakkan doa..

moga kita dapat muhasabah diri dan begitu juga pada diri ini..

No comments:

Post a Comment