Friday 21 February 2014

LEPAS SPM? NAK SAMBUNG BELAJAR KAT MANA?

assalamualaikum semua.. alhamdulillah kita masih diberi ruang dan peluang oleh Allah untuk terus hidup di muka bumi ini, sama-samalah kita mengucapkan syukur alhamdulillah di atas nikmat ini..

hemm, sedar tak sedar kita dah pun masuk bulan dua.. haha :D (penghujung bulan).. nak melangkah tinggal berapa hari lagi bulan tiga.. bagi kami ni baru ja habis spm, masih menunggu bila la result nak keluar ni.. ada yang kata hujung bulan ni, ada yang kata bulan tiga.. ermm, ampa semua rasa bila? :/ 

nak tak nak tunggu ja la pengumuman dalam tv, dalam paper atau mana-mana saja la.. sekarang sibuk tengah dok tengok lepas ni nak sambung dalam bidang apa.. tengah dok buat kajian sal universiti dan kursus yang ditawarkan.. semuanya bergantung pada result la..

memang ingat tu memang nak ambik perubatan jadi doktor, tapi biologi dan subjek sains yang lain mesti strong jugak.. tapi memandangkan subjek yang di atas tu kami tak berapa nak ok, buat keputusan tengok la result nanti.. kalau ok boleh la mintak perubatan, kalau tak ambik la bidang yang melayakkan diri ini boleh masuk.. 

nak buat cana kan, kita yang rancang nak itu nak ini.. tapi Allah yang menentukan, dah tak dak rezeki nak sambung dalam bidang tu takpa la, lagipun kita dah usaha dah masa spm haritu, bukan boleh buat apa dah .. tawakal ja la.. apa-apa bidang pun ok ja, janji dapat bagi manfaat dan yang kami minat.. buat sementara ni isi ja la online upu tu, nanti boleh edit balik.. matrik pun haritu dah mintak, kalau dapat boleh sambung sana and try buat yang terbaik.. kena belajar betul2 la nak bagi dapat pointer yang elok.. lepastu kalau ada rezeki boleh la sambung degree.. insyallah.. 

sepupu kami kata matrik ni payah sikit, bukan apa jadual dia tu, memang tak dan la nak bercinta atau nak cari b* dan g*.. masa mesti la kena isi dengan belajar, memang tu pun tujuan kita pi masuk matrik.. kena betulla niat tu. kalau tak rugi ja la nanti, masuk universiti kita tak dapat la bidang yang kita nak, pihak universiti akan bagi bidang yang langsung kita tak suka.. ikut kekosongan.. macam nak kerja pulak.. :D

apa-apa pun takpa sampai sini ja la.. sama-sama kita tingkatkan amal kebajikan dan menjadi orang yang berguna dan berilmu.. biar ilmu yang menjaga kita, jangan kita yang jaga harta..

ok.. :)

No comments:

Post a Comment