Monday 7 April 2014

My Further Studies

First sekali.. assalamualaikum semua yang sedang mengeledah blog kami ni.. terima kasih sebab sudi nak baca.. :) ok, semua sihat dak ni?? (ambik berat la sangat), hihi mesti la sihat, jangan lupa sebut Alhamdulillah..

ok! jom kita start dengan cerita kami.. sebenarnya kami tengah keliru ni, lepas ni nak sambung belajar kat mana.. padahal bukannya dapat tawaran mana-mana gi pun.. (saja ja kalut).. ada yang bagi pendapat macam-macam la.. tapi abah kami suruh masuk tingkatan 6, sebab persaingannya kurang.. that's true! tapi ada pulak sebelah pihak lagi kata yang form 6 ni payah, kena banyak study sendiri.. lain la kalau masuk universiti tu, ada lecturer .. ye ka macamtu?

bagi kami kalau pikiaq balik memang elok pun masuk form 6 ni sebab salah satunya jimat kos belajar.. tak la kalau masuk diploma , duit lagi banyak guna.. tambah kalau pinjam ptptn.. memang worse la nak kena bayar balik.. plus kalau nak sambung degree.. cer kira jumlahnya.. tak ka berpuluh-puluh ribu.. dan satu lagi subjek tak la banyak takat 5 ja kan.. tapi still tough la kalau tak belajar betul-betul.. dulu masa SPM serius kot memang belajar ala kadar ja, regret gila.. tambah sub jek sains yang memang kena tumpu lebih kat subjek-subjek.. memang silap la kalau kata senang nak skor.. memang terer la sapa yang boleh dapat A.. tapi tu semua tak mustahil, kalau rajin buat revision.. kan!

tengok la nanti keputusan macam mana, tunggu keputusan atau surat tawaran mai kat rumah.. yang mana dapat tu terima ja, jangan memilih kan.. harap sangat dapat asasi, cuba nasib mintak UIA, mana tau kalau rezeki kan, dapat.. bersyukur sangat-sangat.. kalau tak, mungkin Allah ada perancangan yang lain untuk kami kan..

and memang dah tau pun kalau universiti yang bertaraf antarabangsa memang payah nak dapat, if ada luck..

setiap orang ada cita-cita dan impian masing-masing untuk capai cita-cita.. semua kena usaha, doa dan tawakal.. that's the key to success..

cana nak berjaya kalau tak mau nak usaha, nak duduk diam tunggu kejayaan mai sendiri.. mana boleh kan, usaha sehabis boleh, yakin3!!

macam pakar motivasi pulak dah.. ok lah, sampai sini dulu la , tak dak idea dah nie.. :D

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

:D :D :D :D :D

No comments:

Post a Comment